Tuesday, 24 March 2015

Raif 'Leo' Averroes putera ketiga KJ


Di dalam twitnya, Khairy memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana isterinya, Nori selamat melahirkan putera ketiga mereka. Foto Instagram Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin baru sahaja menyambut kelahiran putera ketiganya petang tadi.

Berita gembira tersebut diumumkan Ahli Parlimen Rembau ini di laman Twitter dan Instagram beliau.

Dalam twit sekitar jam 4 petang tadi, Khairy, 39 memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana isterinya, Nori Abdullah Badawi selamat melahirkan putera ketiga mereka yang diberi nama Raif Leo Averroes.

Khairy turut berkongsi wajah anaknya itu di laman sosial.

Khairy dan Nori sebelum ini dikurniakan dua anak lelaki, Jibreil 'Cougar' Ali, 8 dan Timor 'Puma' Abdullah, 7.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment