Tuesday 24 March 2015

Ketagih keju dan sumpah seranah

Kai diletakkan dalam keadaan koma selama sembilan hari supaya proses pemulihannya berjalan lancar.

SEORANG ibu di Chesterfield, England kebingungan selepas anak lelakinya ketagih keju dan gemar mengeluarkan kata-kata kesat sebaik terjaga daripada koma.

Pada Julai tahun lalu, Kai Thomas, 15, mengalami pendarahan otak yang mengancam nyawanya dan terpaksa menjalani pembedahan di hospital Sheffield.

Selepas dibedah, c

"Selepas menjalani psikoterapi, Kai sudah boleh bercakap. Tapi ada kesan sampingan selepas dia sedar daripada koma.

"Kai mula ketagih makan keju. Dia boleh habiskan beberapa blok keju dalam sehari," kata ibunya, Tracey Thomas.

Tapi, apa yang memeranjatkan Tracey adalah Kai kini kerap mengeluarkan kata-kata kesat.

"Sebelum koma, dia anak yang baik. Tapi sekarang dia tidak boleh berhenti memaki hamun.

"Apa pun, kami sekeluarga bersyukur dia selamat," katanya. 

- Sumber: Daily Mail

No comments:

Post a Comment