Tuesday, 24 March 2015

Lelaki mabuk patahkan palang

Keadaan palang yang dipatahkan seorang lelaki dipercayai mabuk. Gambar kecil: Mior Faridaltarash.

GEORGETOWN - Seorang lelaki dipercayai mabuk mematahkan dua palang parkir di sebuah apartmen di sini, berikutan gagal melalui palang tersebut.

Menurut sumber, lelaki itu pulang dalam keadaan tidak terurus kira-kira jam 5 pagi.

“Rumah pangsa ini memasang palang di bahagian laluan kenderaan berat dan hanya boleh dimasuki menggunakan kad.

“Lelaki itu marah kerana tidak dapat melalui palang itu dan mematahkan kedua-dua palang tersebut.

“Bagi laluan pejalan kaki, pihak perumahan ada sediakan laluan khas lain, tetapi lelaki itu tidak mahu gunakan,” katanya.

Selain palang, lelaki itu turut memecahkan kamera litar tertutup (CCTV).

Akibat perbuatan itu, lelaki tersebut ditahan anggota polis kira-kira jam 6.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridaltarash Wahid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun selepas kejadian suspek berjumpa pengadu dan memohon maaf serta berjanji untuk membayar ganti rugi akibat perbuatannya.

“Difahamkan, semalam suspek sudah membayar ganti rugi dan pengadu sudah menarik kembali kes berkenaan,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment