Tuesday 24 March 2015

Angelina Jolie umum buang ovari bimbang terjadi kanser

Jolie membuat pengumuman tersebut di dalam satu artikel di akhbar New York Times. - Gambar Fail

WASHINGTON: Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie hari ini mendedahkan bahawa beliau telah menjalani pembedahan membuang ovari dan tiub fallopio kerana bimbang terjadi penyakit kanser selepas menjalani pembedahan mastektomi atau membuang payu dara dua tahun lepas.

Beliau yang juga merupakan isteri kepada pelakon Brad Pitt membuat pengumuman tersebut di dalam satu artikel di akhbar New York Times.

Jolie yang kehilangan ibu, nenek dan ibu saudara akibat kanser dikatakan membawa gen mutasi yang menjadikan beliau 87 peratus berisiko untuk membentuk kanser payudara dan 50 peratus terdedah kepada risiko kanser ovari.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment