Tuesday, 24 March 2015

Ketua balai polis maut kemalangan

KULIM - Ketua Balai Polis Kulim Hi-Tech Park, Penolong Penguasa Chua Poh Teik, 57, maut apabila motosikal yang dinaikinya terbabas menyebabkan beliau terjatuh di dalam parit dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Abdullah Arshad berkata, ketika kejadian mangsa sedang melakukan rondaan antijenayah di sekitar Taman Selasih dengan menunggang motosikal bersendirian sebelum terbabas.

"Mayat Chua ditemui pihak polis peronda pada 3.30 pagi tadi, kira-kira dua jam selepas kejadian yang meragut nyawanya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Abdullah, mayat Chua dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Chua mula bertugas sebagai Ketua Balai Polis Kulim Hi-Tech Park sejak 2009 dan dijangka bersara kira-kira tiga tahun lagi, katanya. 

- Sumber: Bernama | 24 Mac 2015

No comments:

Post a Comment