Tuesday, 31 March 2015

Bayi belalai gajah cetus gempar



UTTAR PRADESH - INDIA. Seorang bayi perempuan dipuja seperti tuhan di India selepas dilahirkan dengan kecacatan pada wajah iaitu mempunyai hidung yang menyerupai belalai gajah.

Penduduk setempat berpusu-pusu ke kampung di Aligard di sini, di mana bayi tersebut dilahirkan untuk melihatnya secara dekat kerana percaya bahawa bayi berkenaan adalah penjelmaan kepada Dewa Ganesha.

Asian News International melaporkan, walaupun doktor mengesahkan keadaan bayi berkenaan adalah disebabkan oleh mutasi genetik, namun penduduk kampung berkenaan tetap mempercayai bahawa bayi berkenaan adalah jelmaan kepada tuhan mereka.

Sementara itu, ibu saudara bayi berkenaan berkata, anak saudaranya itu mirip tuhan Ganesha.

"Semua orang percaya, dia adalah jelmaan kepada tuhan.

"Sebab itu, sesiapa yang mendengar tentang dia akan datang ke sini untuk melihat bayi ini secara dekat," katanya dipetik Mirror.uk

Bayi perempuan tersebut dilahirkan pada jam 7.00 pagi dan merupakan anak keempat daripada keluarga yang sihat dan tidak mempunyai sejarah kecatatan sebelum ini.

Menurut laporan tersebut, doktor akan melakukan pemeriksaan ke atas bayi perempuan itu untuk mengetahui keadaan kesihatannya, sama ada dia perlu menjalani pembedahan.

Memetik laporan ANI, mutasi genetik yang dialami bayi tersebut dicetuskan oleh kekurangan zat makanan dan pencemaran.

- Sumber: Mirror.uk

No comments:

Post a Comment