Friday 20 February 2015

Teaser baru Samsung Galaxy S6 - Bateri tahan lama dan lebih kuasa processor

Lanjutan daripada teaser sebelum ini yang memfokuskan kepada kamera, hari ini Samsung telah menerbitkan sebuah lagi teaser berbentuk video di Facebook, memperlihatkan masa bertahan bateri untuk telefon pintar terbaru tersebut.


Pada masa yang sama juga, pihak Samsung dilihat turut memfokuskan kepada kuasa pemprosesan peranti tersebut yang pantas, sekaligus membolehkan pengguna membuat lebih tugasan menggunakannya dengan pantas berbanding peranti lain.

Samsung sedia menjadualkan acara pengumuman mereka pada 1 Mac kelak, dimana mereka dijangka akan mengumumkan Galaxy S6, yang turut mungkin hadir dengan variasi dengan skrin pada bahagian tepi seperti Galaxy Note Edge sebelum ini. Seperti biasa, kami akan membawakan liputan langsung daripada acara pengumuman tersebut pada 1 Mac kelak.

- Sumber: Amanz

No comments:

Post a Comment