Friday 20 February 2015

Taufan kuat landa pantai Australia, amaran 'bencana' dikeluarkan

Taufan Tropika Marcia melanda pantai Queensland dan dijangka menyebabkan kerosakan yang dahsyat selepas dinaik taraf ke kategori lima.

GLADSTONE: Sebuah taufan kuat melanda kawasan darat berpenduduk padat di Australia pada Jumaat.

Pihak berkuasa negara itu mengeluarkan amaran "bencana" dan penduduk diarah bersedia berdepan "keadaan mengerikan dan menakutkan".

Taufan Tropika Marcia melanda pantai Queensland pada Khamis dan dijangka menyebabkan kerosakan yang dahsyat selepas dinaik taraf ke kategori lima, tahap yang paling teruk.

Berita selanjutnya akan menyusul...

- Sumber: AFP 

No comments:

Post a Comment