Friday 20 February 2015

Kemusnahan dahsyat di Australia setelah dilanda dua taufan


Dua taufan kuat melanda Australia pada Jumaat dan meninggalkan kesan kemusnahan yang teruk di beberapa kawasan di negara itu.

YEPPOON: Dua taufan kuat melanda Australia pada Jumaat dan meninggalkan kesan kemusnahan yang teruk di beberapa kawasan di negara itu.

Taufan Tropika Marcia melanda pantai Queensland beberapa jam selepas Taufan Lam membadai di kawasan utara.

Kesan daripada fenomena ini, beberapa buah rumah musnah selain pokok dan kabel elektrik tumbang lantas memutuskan bekalan elektrik kepada beribu-ribu penduduk.

Taufan Lam pada kategori empat telah menyebabkan kerosakan besar kepada masyarakat Orang Asli pedalaman berhampiran Pulau Elcho, kira-kira 500 kilometer di timur ibu negeri Wilayah Utara Darwin, termasuk Milingimbi, Ramingining, dan Gapuwiyak.

"Tanda-tanda awal adalah berlaku kerosakan besar, laporan awal menyebut landasan kapal terbang masih utuh, namun penuh dengan serpihan," kata komander polis serantau Bruce Porter.

"Terdapat kabel elektrik yang terputus. Ada banyak pokok tumbang dan banyak jalan tidak dapat dilalui dan ada beberapa bangunan dan rumah yang rosak teruk."

Beliau berkata laporan menunjukkan kerosakan struktur di Milingimbi dan Ramingining tetapi Gapuwiyak nampaknya terselamat daripada bencana.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan. 

- Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment