Friday 20 February 2015

Senarai penuh pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2015


Anugerah MeleTOP Era 2015 mempertandingkan 18 kategori termasuklah empat kategori baharu iaitu ‘Drama TV MeleTOP’, ‘Hos TV MeleTOP’, ‘Artis Lawak MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.

Manakala dua kategori iaitu ‘Top Top MeleTOP (lelaki) dan Top Top MeleTOP (wanita) dipilih berdasarkan selebriti lelaki dan wanita yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon lima terbaik.

AME 2015 akan menampilkan lima pengacara iaitu Zizan Razak, Neelofa, AC Mizal, Nabil Ahmad serta Johan. Manakala, pelawak Johan Muse, Dahlia Shazwan serta penyampai ERA Fm iaitu Haniff dan Ray pula akan menjayakan Hos Karpet Merah MeleTOP.

Pemenang bagi kesemua 16 kategori tersebut bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro. Anugerah ini juga memberi kuasa sepenuhnya kepada para peminat untuk mengundi melalui laman web khas yang diperkenalkan.

Bertemakan “Yang Hit, Yang Legend”, AME akan berlangsung pada 22 Februari ini dari Stadium Putra Bukit Jalil, jam 9 malam.

Siaran ini boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go.

Senarai penuh pencalonan AME 2015:

ARTIS BAHARU MELETOP

Ayda Jebat
Firman AF2014
Aman AF2014
Amyra Rosli
Atikah Suhaime

ARTIS LAWAK MALETOP

Zizan Razak
Johan
Jep Sepahtu
Jihan Muse
Abam Bocey

BINTANG FILEM MELETOP

Zizan Razak
Nora Danish
Bront Palarae
Shaheizy Sam
Nelydia Senrose

COUPLE MELETOP

Irma Hasmie & Redza Syah
Rozita Che Wan & Zain Saidin
Scha Alyahya & Awal Ashaari
Aril AF & Puteri Erma Adlinda
Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana

DRAMA TV MELETOP

Kerana Terpaksa Aku Relakan
Suamiku Encik Sotong
Hantu Selfie
Aku Ada Wali
Bukan Kerana Aku Tak Cinta

FILEM MELETOP

Abang Long Fadil
Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
Penanggal
Sejoli
Mat Tudung

GRUP/DUO MELETOP

Forteen
Sleeq ft Joe Flizzow
Zizan Razak & Kaka
Akim & The Magistrate
Mawi & Dato' AC Mizal

HOS TV MELETOP

Zizan Razak
Nabil Ahmad
Neelofa
Dato' Aznil Hj Nawawi
Dato' AC Mizal

LAGU MELETOP ERA

Infiniti Cinta - Zizan & Kaka
Matahari - Hafiz Suip
Jaga Dia Untukku - Dato' Siti Nurhaliza
Malaikat - Hazama
Mewangi - Akim & The Magistrate

PELAKON TV MELETOP TV MELETOP

Zul Ariffin
Nelydia Senrose
Sharnaaz Ahmad
Amar Baharin
Zizan Razak

PENYAMPAI RADIO MELETOP

Johan - ERA fm
Hanif - ERA fm
Ray - ERA fm
Feeya Iskandar - SINAR fm
Raja Azura - SINAR fm

PENYANYI MELETOP

Hazama
Hafiz
Akim
Dato' Siti Nurhaliza
Shila Amzah

PROGRAM RADIO MELETOP

JoHaRa Pagi Era - ERA fm
Petang Era - ERA fm
Pilih Hit Era - ERA fm
Morning Crew - Hitz fm
SINAR Pagi - SINAR fm

PROGRAM TV MELETOP

Anugerah Juara Lagu ke -28
Konsert Akhir AF2014
Anugerah MeleTOP Era (L) 2014
Maharaja Lawak Mega 2013
Ceria Popstar 2

BINTANG ONLINE MELETOP

Zizan Razak
Aaron Aziz
Dato' Siti Nurhaliza
Hanis Zalikha
Emma Maembong

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment