Monday 19 January 2015

Ronaldo tinggalkan teman wanita kerana ibu?

Christiano ditemani ibunya Maria Dolores dos Santos Aveiro semasa anugerah Ballon d'Or. Foto sumber dailymail.co.uk


BINTANG bola sensasi pujaan wanita seluruh dunia, Christiano Ronaldo dilaporkan berpisah dengan teman wanitanya, Irina Shayk.

Shayk, seorang supermodel Rusia menjalinkan hubungan dengan pemain Real Madrid sejak lima tahun lepas.

Khabar angin mengatakan bahawa Shayk tidak mahu menghadirkan diri ke majlis hari jadi ke-60 ibu Ronaldo merupakan punca hubungan pasangan itu putus, lapor sebuah suratkhabar di Portugal.

Sementara itu, menurut New York Post, wakil Shayk mengesahkan perpisahan tersebut dan memberitahu hubungan model tersebut dengan ibu Ronaldo adalah baik.

"Khabar angin mengenai punca perpisahan adalah salah," tambah wakil tersebut.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment