Monday 19 January 2015

Mayat remaja perempuan mangsa perahu tambang terbalik ditemui

SIBU: Mayat remaja perempuan, yang hilang selepas perahu tambang yang dinaikinya terbalik di Sungai Mukah, daerah Mukah semalam, ditemui kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata mayat Nurul Atikah Rosli, 17, dari Kampung Tanjung dijumpai pada 8.05 pagi di pantai Petian.

Beliau berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa oleh seorang nelayan, yang kemudian membawa mayat itu ke Hospital Mukah.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat oleh anggota-anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam ditamatkan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi semalam, Nurul Atikah menaiki perahu itu bersama-sama pemilik perahu Hipni Majedi, 36, dan tiga penumpang lain iaitu Jali Ghani, 36, Eliyana Wahida, 15, dan Siti Hawa Bujang, 47, untuk ke pusat bandar Mukah.

Perahu itu dijumpai dalam keadaan pecah di Kuala Mukah kira-kira 4 petang. 

- Sumber; Bernama

No comments:

Post a Comment