Monday 19 January 2015

Myvi baharu kekalkan ciri terbaik

Myvi

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) memperkenalkan model Myvi baharu yang ditambah dengan ciri-ciri yang lebih baik termasuk dari aspek keselamatan, penggayaan dan harga yang lebih baik.

Jelas Perodua, naik taraf Myvi, model paling popular Malaysia sejak sembilan tahun lalu dibuat selepas kajian menyeluruh untuk memberi lebih nilai kepada pelanggannya.

"Myvi telah diterima baik oleh pasaran dan setakat ini telah menjana jumlah jualan lebih 800,000 unit, menjadikannya model Perodua yang paling popular setakat ini.

"Myvi telah memberi kesan kepada banyak kehidupan di Malaysia dan kami percaya bahawa model ini masih relevan dan diterima baik oleh masyarakat kita. Kami ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan anda yang berterusan, " kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua Myvi ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan kini dengan penarafan empat bintang oleh NCAP ASEAN (Program Penilaian Kereta Baru bagi Asia Tenggara) seperti meningkatkan struktur kenderaan selaras dengan standard global.

Antara kemasan terkini pada Myvi baharu yang dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini ialah perumah lampu projektor serta dilengkapi pengesan membelok depan, sekali gus meningkatkan lagi ciri keselamatannya.

Ruang dalamannya pula dilengkapi cangkuk antiragut untuk memudahkan wanita meletak beg tangan, tempat meletak minuman pada bahagian papan pemuka dan sistem multimedia dengan Navigasi serta kamera mengundur.

Myvi ditawarkan dalam dua warna baharu Electric Blue dan Cosmic Gold. Ia adalah tambahan kepada warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.

Perodua Myvi yang ditawarkan pada harga daripada RM41,500 seunit bagi varian Standard G 1.3L manual hingga RM58,900 untuk varian automatik Advance 1.5L.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment