Monday 19 January 2015

Ratu Cantik Lubnan tak suka di'photo-bomb' Ratu Cantik Israel

Perasaan berang Saly Greige itu (gambar) diluahkan pada laman Facebook miliknya yang mendakwa Doron Matalon telah menolak dirinya dalam gambar selfienya.

BEIRUT: Peserta Ratu Cantik Miss Universe sudah pasti inginkan keamanan dunia, namun Ratu Cantik Lubnan nampaknya tidak senada apabila mengistiharkan 'perang' keatas Ratu Cantik Israel selepas calon dari negara Yahudi itu ‘photo bomb’ atau cuba menyelit dalam group selfie miliknya.

Perasaan berang Saly Greige itu diluahkan pada laman Facebook miliknya yang mendakwa Doron Matalon telah menolak dirinya dalam gambar selfienya bersama Ratu Cantik Jepun dan Ratu Cantik Slovenia.

“Sejak hari pertama ketibaan saya untuk menyertai pertandingan Miss Universe, saya amat berhati-hati untuk tidak bergambar atau berkomunikasi dengan Ratu Cantik Israel (yang didakwa cuba bergambar dengan saya berkali-kali),” kata Greige.

Foto terbabit kemudiannya tersiar di laman Instagram Matalon pada 11 Januari lalu.

Greige (dua dari kiri) mendakwa Doron Matalon (paling kiri) telah menolak dirinya dalam gambar selfienya bersama Ratu Cantik Jepun dan Ratu Cantik Slovenia.

Matalon dalam reaksinya berkata beliau sedih dengan kontroversi yang tercetus itu.

“Adalah malang dia (Ratu Cantik Lubnan) tidak boleh mengenepikan sengketa buat seketika dan ini tidak mengejutkan,” kata Matalon.

Media di Lubnan pantas memetik berita itu dan gambar terbabit menjadi viral.

Israel menceroboh Lubnan sejak tahun 2000, dan sehingga kini masih berperang.

- Sumber: AFP 

No comments:

Post a Comment