Monday 19 January 2015

Apa Khabar dinobat juara AJL29

Persembahan Terbaik AJL dimenangi Mojo dengan lagu Romancinta. Komposer dan lirik oleh Edry Abd Halim. - Sumber foto Twitter


MALAM Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) menyaksikan 12 lagu bersaing selepas melayakkan diri ke pentas akhir, hari ini.

Pentas dibuka dengan persembahan 'battle' beberapa alat muzik oleh Black (Wings), Joe (Wings), Ujang (Wxist), Rody (Kristal), Genervie dan Yans (Lefthanded) bersesuaian dengan tema AJL kali ini, Gema Dalam Muzik.

Kemunculan penyanyi terkenal, Datuk M.Nasir pula menggamatkan pentas pembukaan dengan menyampaikan Hati Emas dan Mentera Semerah Padi.

Juara AJL29 akan membawa pulang wang tunai RM50,000, naib juara pula menerima RM35,000 dan tempat ketiga mendapat RM20,000.

Sementara, bagi pemenang kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM12,000.

Berikut senarai pemenang bagi AJL29:-

Persembahan terbaik : Romancinta -Mojo-komposer dan lirik oleh Edry Abd Halim

Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga - Komposer Tam Spider dan Lirik Iman Imran

Tempat ke-3 - Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga - Komposer Tam Spider dan Lirik Iman Imran

Naib Juara - Masih Aku Cinta - Shila Amzah. Komposer dan Lirik Shila Amzah

Juara : Apa Khabar - Joe Flizzow dan Sonaone. Komposer Joe Flizzow dan Sonaone lirik Joe Flizzow

- Sumber: Sinar Harian | Januari 19, 2015

No comments:

Post a Comment