Friday, 30 January 2015

Maut dirempuh bas ekspres

Keadaan bas yang membawa 27 penumpang mengalami kerosakan di bahagian kiri bampar hadapan akibat kemalangan itu. Gambar kecil: Mohammad Nor

IPOH – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 271.6, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Jalan Kuala Kangsar di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam, mangsa, Mohammad Nor Abdullah, 43, yang berasal dari Assam Kumbang, Taiping, maut akibat tercampak dari motosikalnya selepas dirempuh bas dari arah belakang.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dipercayai telah mengubah haluan secara tiba-tiba menyebabkan dia dirempuh bas terbabit.

“Bas yang membawa 27 penumpang dari Kuala Lumpur dalam perjalanan menuju ke Terminal Aman jaya tidak sempat mengelak motosikal mangsa yang secara tiba-tiba mengubah haluan dari kiri ke kanan jalan.

“Pemandu bas yang berusia 66 tahun berkenaan tidak sempat mengelak menyebabkan mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, motosikal mangsa rosak teruk manakala, bas terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kiri.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian | Januari 30, 2015

No comments:

Post a comment