Friday 30 January 2015

Cara selesai masalah kulit berminyak


Serba tak kena apabila kulit berminyak, melengas di bawah terik mentari. Aplikasi tips mengurangkan kadar minyak dan wajah berkilat-kilat.

1. Pelihara kebersihan pori dengan penyingkiran sebum yang menyumbat pori. Amalkan cucian wajah efektif dua kali sehari. Clarisonic Aria Advanced Sonic Cleansing, RM 690 dilengkapi tiga kadar pencucian kulit sedalamnya menerusi berus halus yang lembut menyentuh pori.

2. Pilihlah pelembap yang berformula ringan dengan tekstur tidak melekit pada kulit. THEFACESHOP Arsainte Eco-Therapy Crystal Water Clear Essence, titisan serum pencerahan yang memberi lembapan ringan.

3. Litupkan kanvas kulit dengan primer bedak asas yang tidak mengeringkan kulit dan tidak pula membuat kulit berkilat-kilat. GUERL AIN Blanc de Perle UV Bases, Fluid Foundation & Compact Foundation tiga serangkai yang memberikan asas

4. Pakailah mekap yang tepat, punya kuasa kalis peluh dan tidak mudah luntur dek minyak. M.A.C Eye Shadow X 15, RM 420 hidangan tekstur pembayang mata frost, satin, velvet, matte, lustre dan veluxe pearl.

5. Bawa tisu pendap minyak sepanjang berada di luar rumah. Tekapkan pada kulit untuk menyerap lebihan minyak.

- Sumber: Astro Publication 

No comments:

Post a Comment