Tuesday, 22 April 2014

Rancang culik dan bunuh dari penjara

Rancang culik dari penjara
Ejen FBI mengumpul bukti berhubung penculikan Arthur Janssen di Atlanta.


SEORANG banduan yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup ditangkap kerana merancang penculikan dan pembunuhan dari dalam penjara menggunakan telefon bimbit yang sepatutnya tidak dimilikinya.

Kelvin Melton atau digelar Dizzy didakwa membuat rancangan menculik Frank Arthur Janssen dan membunuhnya sebagai membalas dendam atas hukuman yang diterima.

Peguan Thomas Walker berkata, Melton merancang jenayah itu bersama lima rakan lain termasuk Jevante Price dan dipercayai membuat sekurang-kurangnya 123 panggilan serta puluhan mesej ringkas.

“Melton menggunakan telefon bimbit dimiliki secara haram ketika menjalani hukuman penjara seumur hidup di Polk Correctional Instituition di Butner, Utara Carolina,” katanya.

Menurutnya lagi, Melton turut memberikan arahan secara khusus bagaimana untuk membunuh Janssen dan menghapuskan mayatnya.

Janssen dijadikan sasaran kerana anak perempuan mangsa merupakan pembantu peguam daerah yang mendakwa Melton.

Dalam kejadian penculikan itu, Janssen diserang sekumpulan lelaki yang memaksanya masuk ke dalam kenderaan dan kemudian dibawa ke Atlanta di mana dia telah dijadikan tebusan selama lima hari.

Bagaimanapun, mangsa dapat dibebaskan dan menerima rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran. – NY Daily

No comments:

Post a Comment