Tuesday 2 December 2014

Elsa dan Anna kembali dalam sekuel Frozen



Frozen 2 bakal menemui penonton!

Itu kata Idina Menzel ekoran spekulasi berbulan lamanya bahawa sekuel filem hit terbitan Disney itu bakal diterbitkan.

Menzel, yang menyumbang suara untuk karakter Elsa dalam filem tersebut, ketika temu bual bersama Telegraph, seolah mengesahkan pembikinan bahagian kedua filem animasi itu yang “kini dalam perancangan.”

Beliau dijangka kembali menyumbangkan suara untuk watak Elsa dalam sekuel filem itu, namun berkemungkinan tidak ditampilkan dalam pementasan teater.

Menzel, 43, seorang bintang lama Broadway dilapor berkata tidak menyangka masih digilai anak gadis yang mengenalinya sebagai penyanyi “Let It Go” dan lagu-lagu lain dalam Frozen.

“Saya tak boleh bagi sebarang petua bagaimana nak nyanyikan lagu “Let it Go” sebab saya sendiri pun ada kalanya tak mampu nak bawa lagu tu. Memang susah.

“Nasihat saya kepada mereka yang suka nyanyikan lagu tu ialah menyanyikannya dengan rasa bangga – dalam bilik air, dalam kereta - dan jangan takut nyanyikan not tinggi,” katanya lagi.

- Sumber: Agensi 

No comments:

Post a Comment