Tuesday 2 December 2014

Jen Reeves, di balik kecemerlangan jenama Hush Puppies

Eksklusif diaturkan oleh pihak Hush Puppies Malaysia, InTrend berpeluang melakukan temu ramah eksklusif dengan insan penting pemilik minda kreatif dan perangsang sari idea di balik kecemerlangan jenama kasut kasual pujaan ramai – Hush Puppies. Ayuh ikuti temu bual kami bersama Jen Reeves, pemegang portfolio Timbalan Presiden Pemasaran Global Hush Puppies, dalam satu jurnal memori jenama kasut ikonik kesayangan dunia.


Apakah kerjaya impian anda semenjak kecil, Jen?

Hmmm, impian saya semasa kecil? Jujurnya, saya selalu mengimpikan untuk menjadi seorang pereka fesyen. Dari lubuk nurani ini, saya percaya, saya sentiasa berjiwa seni. Saya menyenangi perkara yang indah-indah. Saya suka merekacipta. Saya suka mengekspresikan perasaan, malah saya percaya pakaian yang kita sarungkan ini menjadi medium terbesar luahan jiwa. Saya merekacipta pakaian saya sendiri. Dan kerana minat mendalam inilah maka saya terus terilham berkarya untuk jenama Hush Puppies.

Motivasi terhebat anda?

Saya senang sekali merekacipta, kerana saya mahu memilih. Saya mahu menentukan dengan kuasa penuh, apa yang saya suka dan apa yang saya mahu, kerana ia lebih baik daripada sekadar menceduk ilham sedia wujud. Dalam rekaan, imaginasi kita bebas melangkau ke manamana. Tiada had, tiada limitasi. Tenaga kreatif yang bergoncang bersamanya sangat mengujakan adrenalina.

Sepasang kasut yang cantik dan selesa adalah…

Perkara pertama yang melintasi fikiran saya adalah sepasang magnet yang direka indah lagi sempurna… simply because opposites attract! Hush Puppies menawarkan dua nilai ini, cantik dan selesa; dengan adil dan seimbang.

Berapa kerap harus seorang wanita membeli kasut baru?

Well that’s a loaded question! I love to buy shoes. Dan peluang bekerja untuk jenama kasut seperti Hush Puppies mendorong dan merangsang saya membeli kasut, sepanjang masa, haha! Saya fikir wanita harus dan wajar membeli sepasang kasut baru pada bila-bila masa, asalkan hatinya senang dan suka! You can never have too many.

- Sumber Astro Publication 

No comments:

Post a Comment