Tuesday 2 December 2014

Sahabat handai peringati setahun pemergian Paul Walker

Walker maut ketika kereta Porshe yang dipandu penasihat kewangannya, Roger Rodas hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di California pada 1 Dis 2013.

Semalam, genap setahun pemergian pelakon filem aksi ‘The Fast and Furious’ Paul Walker yang maut akibat kemalangan jalan raya.

Laman sosial dipenuhi dengan ucapan-ucapan peminat yang turut memperingati pemergian pelakon tersebut.

Vin Diesel yang merupakan pelakon utama yang bergandingan dengan Walker di dalam semua siri The Fast and Furious memuatnaik gambar mendiang bersama anaknya Hania Riley, 6 di laman Facebook.

Kata Diesel, Walker merupakan orang yang bertanggungjawab mengajarnya erti menjadi seorang bapa dan kehilangannya Walker memberi kesan yang besar dalam hidupnya.


Begitu juga dengan salah seorang pelakon wanita utama filem tersebut, Michelle Rodriguez yang memuatnaik foto dan ucapannya buat Walker di Twitter.


I love you Paul. Your living in the hearts of all who love you for sure. Sending mad love out to Heaven @SupportROWWpic.twitter.com/q9qDx8PXob— Michelle Rodriguez (@MRodOfficial) November 30, 2014


Ludacris yang memegang watak Tej di dalam filem aksi tersebut turut sama memuatnaik wajah Walker di Instagramnya.

Ludacris berkata semangat mendiang akan sentiasa dirasai di seluruh dunia.




Manakala Tyrese Gibson yang membawa watak Roman Pearce dalam 2 Fast and 2 Furious turut memperingati mendiang dengan foto dan kata-kata yang menyentuh hati buat Walker.


Watak Walker sebagai Brian O’Conner dalam tujuh siri The Fast and Furious iaitu seorang polis yang menyamar sebagai pelumba kereta jalanan akan terus diingati para peminatnya.

Pada 1 Dis 2013, Walker maut ketika kereta Porshe yang dipandu penasihat kewangannya, Roger Rodas hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di California.

Kereta tersebut meletup dan terbakar ekoran pelanggaran tersebut.

Walker dan Rodas meninggal dunia di tempat kejadian akibat dari kecederaan haba dan dalaman yang teruk.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan amal kereta lumba sempena tragedi taufan Filipina.

Pengambaran Furious 7 masih lagi belum selesai ketika berita kematian Walker, pihak syarikat telah mengambil adik beradiknya iaitu Caleb dan Cody untuk melengkapkan babak O’Conner yang ditinggalkan Walker.

Walker meninggal dunia pada usia 40 tahun. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment