Tuesday 11 November 2014

Raja Azmi, suami sah cerai hari ini

Raja Azmi 

Selepas setahun berumahtangga, rumah tangga penerbit filem Raja Azmi dengan gitaris kumpulan CRK, Mohd Eddie Gazalie akhirnya terlerai.

Eddie, 46, menceraikan Raja Azmi, 56, dengan talak satu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira jam 3.05 petang.

Raja Azmi, 55, selaku plaintif memfailkan permohonan bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga-keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Shaiful Azli merekodkan penceraian itu selepas berpuas hati dengan keterangan peguam bahawa shikak (konflik) berpanjangan dalam rumahtangga.

"Mahkamah berpuas hati dengan lafaz talak yang dibuat dan mensabitkan berlaku penceraian dengan talak satu kali pertama,"kata hakim.

Sehubungan itu plaintif diarah beredah selama tiga bulan bermula semalam dan mendaftarkan penceraian di Pejabat agama Islam Daerah Gombak Timur selain sijil nikah mereka dibatalkan.

Sementara itu, suasana mahkamah agak suram apabila Eddie dilihat menitiskan air mata sebelum melafazkan penceraian.

Shaiful Azli memberi peluang kepada plaintif dan defendan untuk bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir sebagai pasangan suami isteri.

Sementara itu sebelum lafaz cerai dibuat, Peguam Roslizam Rahim memberitahu mahkamah bahawa plaintif dan defendan tidak tinggal sebumbung sejak 19 Ogos lalu.

Roslizam berkata, kedua-dua pihak percaya sudah tidak wujud sakinah, mawaddah dan rahmah dan wujud shikok dalam rumahtangga.

"Kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan perkahwinan sekiranya dibenarkan mahkamah," katanya.

Pasangan itu bernikah pada 13 Oktober tahun lalu.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.

Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment