Tuesday 11 November 2014

Foto Nedim & Nora Danish pusing-pusing bandar Bali



Percintaan di antara pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri bukan lagi rahsia, malah pasangan sama cantik sama padan ini juga semakin terbuka berkongsi tentang setiap aktiviti yang mereka lakukan bersama.

Terbaru, Nedim menerusi akaun Instagramnya @bossned_ telah memuat turun beberapa keping foto dia bersama Nora di tempat peranginan terkenal di Indonesia, Bali.

Bagaimanapun, pasangan ini bukanlah berdua ke tempat pelancongan yang mendapat jolokan ‘Island Of God’ itu, sebaliknya mereka bersama sebuah kumpulan produksi.

Sumber: Instagram/@bossned_

Jika dilihat pada kesemua foto yang dimuat naik Nedim dan Nora di Instagram masing-masing, mereka ke Bali atas urusan kerja.

Kelihatan seperti sedang berlangsung satu sesi rakaman atau ‘photoshoot’ bersama kumpulan Nomad.

Sumber: Instagram/@bossned_

Untunglah Nora dapat teman lelaki sebaik Nedim yang sanggup menemaninya ke mana sahaja. Selain Nedim, kakak Nora turut bersama adiknya itu.

Astro Gempak kongsikan kepada anda beberapa keping foto Nora dan Nedim bersiar-siar sekitar Bandar Bali. -- Astro Gempak

Sumber: Instagram/@bossned_

- Sumber: Astro Gempak

No comments:

Post a Comment