Tuesday 11 November 2014

Pengedar dadah rempuh rumah

Keadaan rumah mangsa selepas dirempuh White.

SEBUAH keluarga nyaris maut selepas ruang tamu rumah mereka di Ashington, Northumberland di England dirempuh sebuah kereta mewah BMW milik seorang pengedar dadah yang dipandu laju.

Pemandu dan juga pemilik kenderaan tersebut, Owen White, 25, ketika itu dikatakan berada di bawah pengaruh dadah dan baru pulang dari sebuah parti pada malam sebelum kejadian itu.

Owen yang melarikan diri selepas kemalangan itu bagaimanapun ditahan melalui pendaftaran kereta yang didaftarkan atas namanya. Pada awalnya, dia tidak mengaku memandu kenderaan itu, namun terdapat DNA nya pada beg udara pemandu.

Hakim, John Evans berkata, pasangan suami isteri dan seorang anaknya yang tinggal di rumah itu nyaris maut, namun mereka terselamat kerana sedang tidur di tingkat atas memandangkan kejadian berlaku pada hari Ahad sekitar pukul 7.45 pagi (waktu tempatan).

“Anda memandu dengan melulu sehingga merempuh rumah milik sebuah keluarga. Nasib mereka baik kerana tidak berada di ruang tamu. Jika mereka berada di ruang tamu, kamu akan menghadapi tuduhan membunuh,” katanya.

White mengaku bersalah kerana memandu secara berbahaya dan dijatuhi hukuman penjara selama 15 bulan.

Menurut penghuni rumah, selepas terdengar bunyi kuat dari tingkat bawah, mereka keluar untuk melihat dan dapati tiga lelaki sedang membantu antara satu sama lain keluar daripada kereta dengan White mengalami kecederaan. 

Source: Mirror

No comments:

Post a Comment