Wednesday, 22 October 2014

Suspek serangan seksual kembali ke New Zealand Sabtu untuk hadapi tuduhan

Suspek seks kembali ke Mahkamah di New Zealand pada Sabtu untuk hadapi tuduhan - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Diplomat Malaysia ke New Zealand, Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail yang berdepan tuduhan serangan seksual dan rompakan dilapor akan kembali ke New Zealand pada pagi Sabtu untuk menghadapi tuduhannya.

Memetik laporan The Dominion Post, Rizalman akan terbang pulang dari Malaysia pada hari Jumaat, diiringi pegawai polis New Zealand.

Sesudah mendarat, Rizalman akan dibawa terus ke Mahkamah Daerah Wellington untuk menghadapi tuduhan.

Sebelum ini, kenyataan Wisma Putra memaklumkan, Kerajaan Malaysia kini sedang membuat persiapan untuk menghantar pulang Rizalmanuntuk menghadapi tuduhan rompakan dan serangan seksual.

Jelas kenyataan itu, Malaysia dan New Zealand juga sedang membincangkan prosedur undang-undang yang diperlukan untuk membolehkan kes berkenaan dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa dan tempatan yang berkenaan.

Wanita warga New Zealand, Tania Rose Billingsley, 21, yang dikatakan mangsa kes serangan seksual melibatkan Rizalman juga pernah mendedahkan dirinya kepada umum dan meluahkan kekecewaan terhadap cara kerajaan New Zealand menangani kes tersebut.

Dalam satu temu ramah rancangan television TV3 3RD Degree, Billingsley memberitahu dia marah terhadap tindakan kerajaannya membenarkan Rizalman untuk pulang ke Malaysia selepas ditangkap 10 Mei lepas.

Bagaimanapun laporan The Dominion Post menyebut, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua negara berhubung tarikh sebenar kepulangan Rizalman ke New Zealand.

Sebelum ini, sebuah portal berita bahasa Melayu melaporkan, editor politik akhbar 'The New Zealand Herald', Audrey Young memuji Malaysia kerana 'melakukan perkara yang betul' apabila mengumumkan keputusan untuk menghantar kembali diplomat itu ke New Zealand bagi menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual.

Menteri Luar New Zealand Murray McCully juga dilapor menyambut baik pengumuman Malaysia bahawa pegawai yang dituduh melakukan serangan seksual di Wellington akan dihantar semula ke New Zealand.

McCully mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap apa yang disifatkannya sebagai "perkembangan yang amat dialu-alukan yang menunjukkan niat baik dan integriti bagi kedua-dua pihak menangani isu ini.

- Sumber: Agensi

No comments:

Post a comment