Wednesday 22 October 2014

Emma belum sedia akhiri zaman bujang

Emma belum sedia akhiri zaman bujang

“SECARA jujurnya, buat masa ini saya dan Zizan belum pernah berbincang lebih serius mengenai perkahwinan begitu juga dengan keluarga kami,” jelas pelakon cantik, Emma Maembong mengenai khabar angin yang mengatakan dirinya bakal menamatkan zaman bujang bersama kekasih hatinya, Zizan Razak dalam waktu terdekat ini.

Berserah pada takdir dan jodoh, Emma mengakui tidak mahu terburu-buru melangkah ke alam perkahwinan.

“Dalam soal ini, saya tidak boleh komen lebih-lebih sebab semuanya bergantung pada takdir.

“Saya faham perkara yang baik tidak perlu dilengah-lengahkan dan saya juga bersyukur kerana ramai yang mendoakan kebahagiaan kami.

“Tapi perkahwinan bukanlah perkara yang mudah kerana ia melibatkan jangka masa yang panjang dan memerlukan persediaan rapi.

"Jika sudah tiba masanya, saya memang bersedia dan kami umumkannya,” ujarnya yang kini sibuk membantu keluarganya membuat persiapan majlis perkahwinan kakaknya, Yaya Maembong.

Bercerita lanjut mengenai imej barunya, Emma bersyukur kerana rezeki lakonannya tidak berkurang walaupun sudah bertudung.

“Alhamdulillah, sebenarnya bila saya berniat untuk bertudung, saya sebenarnya sudah bersedia kalau tawaran lakonan berkurangan.

“Tapi saya terkejut kerana ia langsung tidak terjejas malah bertambah. Saya anggap ini semua rezeki yang telah ditentukan oleh tuhan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Emma baharu saja terlibat dengan penggambaran telefilem komedi Sopiah Jin terbitan Zeel Production bersama pelakon Shah Iskandar dan Fadhlan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment