Wednesday 22 October 2014

Mariah Carey bergegas 'shopping' baju sebelum konsert malam ini

Syafique Shuib, Astro Awani | Kemas kini: Oktober 22, 2014 (Diterbitkan pada: Oktober 22, 2014 8:48 MYT)
Mariah Carey bersama peminat-peminat beliau di Kuala Lumpur. -Twitter/@MariahCarey

Peminat diva popMariah Carey teruja dapat melihat penyanyi terkenal itu secara dekat di salah sebuah pusat membeli belah mewah di Kuala Lumpur.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu#Beautiful dan We Belong Together itu berada di Kuala Lumpur untuk konsertThe Elusive Chanteuse Show.

Ia akan berlangsung pada malam ini di Stadium Merdeka.

Menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube, Mariah membuat kemunculan di Starhill Gallery, Bukit Bintang.

Dalam video berdurasi 1 minit 41 saat itu, Mariah kelihatan keluar dari sebuah butik mewah sebelum melayan peminat-peminat beliau yang inginkan tandatangannya. Beliau kemudian memasuki sebuah butik mewah yang lain.

Beberapa peminat di media sosial berkata Mariah ke butik-butik mewah berkenaan untuk membeli maju yang bersesuaian untuk persembahan beliau malam ini.

Sementara itu, Mariah turut tweet beberapa keping gambar di Starhill Gallery bersama peminat-peminat beliau:

Ran into some #lambilymembers while shopping in Malaysia! See you at the show tomorrow!!  #Momentspic.twitter.com/pRuorhOHiL— Me. I Am Mariah (@MariahCarey) October 21, 2014

Mariah turut ditemani anak kembar beliau iaitu Moroccan dan Monroe yang berusia tiga tahun:



Pizza time with Roc & Roe!!#KualaLumpurpic.twitter.com/RtMNSaTNp3— Me. I Am Mariah (@MariahCarey) October 21, 2014

Beberapa peminat turut memuat naik gambar masing-masing:

@MariahCarey had a "shopping-time" in Malaysia, where she see some fans out there!pic.twitter.com/0mUv6mDHxO— Mariah Tribe (@mariahtribeita) October 21, 2014

our @MariahCarey at Starhill Gallery in Kuala Lumpur (source Dexren on Instagram) (thx @SunshineDivaMC )pic.twitter.com/MgPph8MUVG— Me. I am Gilles Cake (@gillesakacake) October 21, 2014

Mariah memulakan jelajah Asia pada awal bulan Oktober di Jepun dan turut berhenti di Korea Selatan, China, Singapura, Taiwan, Filipina, Thailand.

Penyanyi terkenal itu pernah membuat persembahan di Kuala Lumpur pada tahun 2004.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment