Wednesday 22 October 2014

Foto intim: "Itu bukan Dyana!" - kata Yammy

Menurut Yammy, Dyana tidak bercinta dengan Zairil seperti yang heboh diperkatakan di media sosial.- Foto Fail

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat hari ini menafikan bahawa wanita di dalam gambar intim yang tersebar baru-baru ini adalah anaknya.

Menurut beliau dalam laporan Sinar Harian, anaknya yang merupakan bekas calon PRK Teluk Intan itu tidak bercinta dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Gambar tersebut memaparkan dua individu dalam keadaan intim yang mirip dengan wajah Dyana dan Zairil.

“Itu bukan Dyana. Dyana dan Zairil tak bercinta!” kata Yammy seperti yang dipetik Sinar Harian.

Katanya, tindakan tersebut seolah-olah suatu cubaan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu-isu yang lebih besar dan ianya fitnah yang mahu merosakkan imej DAP dan anaknya.

“Kalau Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, mereka boleh fitnah dan reka gambar macam-macam, inikan pula Dyana. Ini bukan benda baharu, masa PRK Teluk Intan pun berlaku.

“Jika difikirkan secara logik, sebagai seorang ahli Parlimen yang dihormati, takkan Zairil nak buat perkara yang jejas imej macam itu,” katanya lagi.

Beliau menyifatkan pihak yang mereka serta menyebar gambar tersebut sebagai 'ketandusan idea'.

Tambahnya, dia belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana terdapat beberapa lagi kes mahkamah terhadap beberapa ahli politik di negara ini masih berjalan.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment