Monday 13 October 2014

Selamat Pengantin Baru Farhan & Ahmad Rashadan!


Kredit foto: Berita harian

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Farhan yang dengan sekali lafaz telah sah menjadi isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al Hasanah, Bangi, kira-kira jam 10.15 pagi, 10 Oktober 2014

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof. 

Dalam majlis ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan mas kawin berjumlah RM300 dan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya. 

Pihak lelaki turut memberikan hantaran berupa barangan seperti set penjagaan wajah, wangian, telekung, senaskah Al Quran, jam tangan. Manakala pihak perempuan telah membalas dengan sembilan dulang.

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada malam ini di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

- Sumber: MH Online

No comments:

Post a Comment