Monday, 13 October 2014

Erin Malek Sah Bergelar Isteri Farriz Fauzy


Mengikat tali pertunangan pada 21 Jun yang lalu, tanggal 10 Oktober dipilih oleh pelakon Erin Malek dan Farriz Fauzy untuk diijabkabulkan. 

Terlebih dahulu, majlis pernikahan yang mulanya dijadualkan diadakan di Hotel InterContinental Kuala Lumpur telah ditukar ke rumah ibunya, Harryzah Hassan di Duta Suria Residency, Ampang atas permintaan keluarga. 

Dalam majlis pernikahan ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berupa sirih junjung, mas kahwin RM10,000 beserta duit hantaran berjumlah RM30,000 dan cincin, Al-Quran dan sepasang telekung, seutas jam, beg tangan dan sepasang kasut, barangan kosmetik dan set wangian serta manisan.

Manakala, pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang berupa tepak sirih, cincin, Al-Quran dan sejadah, seutas jam, sepasang sut, beg dan tali pinggang, set wangian, sepasang kasut dan kek.

Pasangan ini telah memilih Azura Couture untuk penyediaan persalinan pernikahan dan dipadankan dengan solekan yang minimalis dan elegan oleh Syedewa. Tema pelamin berkonsepkan ‘Sweet Garden’ disediakan oleh Zaha Wedding Planner. 

Majlis pernikahan ini dihadiri oleh 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat serta pihak media akan menyaksikan saat-saat indah tersebut.

- Sumber: MH Online, 11 Oktober 2014

No comments:

Post a comment