Monday, 13 October 2014

Bumbung jejantas di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang runtuh, 5 tercedera


Runtuhan bumbung jejantas di Lebuhraya Perling- Pasir Gudang mengakibatkan seorang pemandu lori cedera - Gambar PGO Johor

Runtuhan bumbung sebuah jejantas di Lebuhraya Perling- Pasir Gudang pada petang Ahad mengakibatkan kerosakan dua buah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Johor Bahru, laporan diterima pada pukul 4.38 petang.

Jelas jurucakap itu lagi, jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru dengan kekuatan sembilan anggota ditugaskan ke lokasi pada pukul 4.39 petang dan sampai pada pukul 5.05 petang.

Kata jurucakap itu, operasi menyelamat turut mengeluarkan seorang pemandu lori yang tersepit dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Menurut laporan Bernama, yang memetik kenyataan Komander Operasi Pegawai Bomba Siasatan Tinggi Johor Bahru, Omera Omar, kejadian mengakibatkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.

Jejantas terbabit adalah untuk kegunaan pejalan kaki antara Taman Melati dan Taman Kobena, Tampoi.


Runtuhan bumbung jejantas di Lebuhraya Perling- Pasir Gudang mengakibatkan seorang pemandu lori cedera - Gambar PGO Johor


Sementara itu, seorang pembaca astroawani.com turut menghantar gambar kejadian yang berlaku di Johor Bharu itu melalui laman Twitter.


Jejantas roboh di JB , Astaqfirullah, @501Awani@bharianmy @Twt_Larkin pic.twitter.com/3oU5bscf6S— I-XMFRDZ (@AizamFirdauz) October 12, 2014


- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a comment