Wednesday 20 August 2014

Rakyat Malaysia dipercayai terbunuh di Syria

Mat Soh dipercayai terkorban akibat bedilan kereta kebal di Syria. - Sumber Facebook.

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat tempatan yang dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab dikatakan telah terkorban dalam kejadian tembak menembak di Syar'aya, Syria.

Berita ini disahkan oleh bekas ahli Dewan Ulama PAS, Mohd Lotfi Ariffin melalui laman Facebook nya.

Menurut Lofti lagi, dia telah menasihati Mat Soh untuk tidak berada di kawasan tersebut semasa kejadian itu. Namun Mat Soh telah terkorban akibat daripada bedilan kereta kebal dipercayai milik kerajaan Syria.

"Selepas sejam kejadian tembak menembak berlangsung, tiba-tiba sebuah kereta kebal telah melepaskan tembakan dan tembakan tersebut mengenai Mat Soh," tambah Lotfi.

Seorang lagi warga Malaysia yang turut berada di tempat kejadian, Akel Zainal juga memaklumkan perkara yang sama melalui laman Facebook peribadi miliknya.

Tambahnya, ramai rakyat Malaysia yang kini sedang berjuang di Syria turut tercedera.

Jurucakap Bukit Aman telah mengesahkan perkara ini dan pihak polis sedang melakukan siasatan.

Mohd Lotfi dan beberapa ahli PAS yang lain dipecat kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan militan.

Mereka juga dikehendaki polis kerana dikatakan terlibat dalam kegiatan pengganas.

Wisma Putra sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 15 rakyat Malaysia yang menyertai Kumpulan Pelampau Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dikhuatiri terkorban dalam konflik bersenjata di Syria.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment