Wednesday 20 August 2014

Apabila tubuh Dato' Siti disaluti warna

Gambar ceria Siti dimuat naik menerusi akaun Instagramnya

Bagi para peminat yang mengikuti perkembangan penyanyi kesayangan negara Dato’ Siti Nurhaliza melalui laman Instagram miliknya pasti tersenyum melihat aksinya ketika menyertai aktiviti ‘The Color Run’ pada Ahad lalu.

Aktiviti unik yang diadakan di Padang Merbok Kuala Lumpur ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan.

Dato’ Siti juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti riadah yang menarik itu.

Dato' Siti tetap kelihatan cantik walaupun dalam keadaan yang comot - Foto Instagram Siti Nurhaliza

Malah dia juga kelihatan senang berkongsi detik-detik manis semasa menjalani program tersebut dengan beberapa keping foto yang dimuat naik di Instagram.

Apa yang paling mengagumkan ialah penyanyi ini tetap kelihatan cantik walaupun bermandikan serbuk berwarna-warni yang menyaluti tubuh dan wajahnya.


Antara aksi Dato' Siti yang membuatkan para peminat tersenyum - Foto Instagram Siti Nurhaliza

Selain itu, foto-foto yang dikongsi oleh penyanyi itu menunjukkan seolah-olah penyanyi bersuara merdu itu sangat gembira kerana dapat menyertai program unik tersebut disamping meluangkan masa bersama peserta-perserta program berkenaan.

Apapun, Dato’ Siti memang ‘sporting’! Terbaiklah!

Untuk pengetahuan, ‘The Color Run’ merupakan sebuah program unik yang memerlukan peserta berlari dengan mengenakan baju t-shirt berwarna putih sambil ‘bermandikan’ serbuk pewarna. Aktiviti yang pernah diadakan di Singapura dan Indonesia ini juga dikenali sebagai ‘Happiest 5K on the Planet’. -- Astro Gempak

No comments:

Post a Comment