Neelofa
SELAMAT hari raya.” Hanya itu yang kedengaran dari mulut pengacara dan pelakon jelita, Neelofa tatkala ditanya kesahihan berhubung dakwaan dia dilamar kerabat diraja, baru-baru ini.
Bahkan sejak dikejar media dari dalam Ballroom Sunway Resort Hotel & Spa, selepas selesai menjadi pengacara majlis pelancaran 1Malaysian Icon, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini hanya sekadar melambai dan mengunci erat mulutnya.
Biarpun dikejar media hingga ke lif, Neelofa hanya mendiamkan diri dan sesekali tersenyum ke arah media.
Bagaimanapun hanya pengurus Neelofa iaitu Amir Shawn yang bersuara memohon maaf dan memberi alasan Neelofa sudah lambat ke kelas.
“Maaf, kami terpaksa bergegas pulang kerana Lofa ada kelas,” ujar Amir yang berkali-kali memohon maaf.
Sejak minggu lalu, Neelofa, 25, menjadi bualan hangat ramai ekoran desas-desus dirinya dilamar kerabat diraja.
Dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar baru-baru ini, Neelofa meminta semua media memberi ruang kepadanya dan enggan membuat sebarang kenyataan.
“Saya tidak akan memberi kenyataan buat masa ini, bulan ini dan bulan depan,” katanya yang baru selesai menjalani pementasan teater Bahayanya Wanita di Singapura, hujung minggu lalu.
- Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment