Sunday, 13 July 2014

Polis buru suspek ugut bunuh MB Kedah


Nashir Ya


ALOR SETAR - Polis sedang memburu suspek yang melakukan ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah melalui laman facebook menggunakan akaun 'Padi Jantn'.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, identiti sebenar suspek yang juga penduduk tempatan sudah dikenal pasti.

"Kita masih berusaha untuk mengesan suspek terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang pemilik akaun facebook 'Padi Jantn' menulis satu petikan berbaur ugutan yang berbentuk ancaman bunuh terhadap dua individu itu di laman Facebook miliknya.

Petikan itu berbunyi, "jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampos dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho".

Mohd Nashir berkata, susulan insiden itu lebih 20 laporan polis dibuat pelbagai pihak menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment