Sunday 13 July 2014

Berita komuniti jenayah dilancarkan

KUALA LUMPUR: 'Berita Komuniti Jenayah' yang mengandungi panduan pencegahan jenayah dilancarkan di sini pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd melancarkan majalah tersebut.

Kewujudan majalah tersebut diharap dapat membantu polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah, kata Wan Ahmad.

Turut hadir Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya.

Berita Komuniti Jenayah akan dikeluarkan setiap tiga bulan sekali dan ia akan diedarkan secara percuma.

Buat permulaannya diedarkan di sekitar Lembah Klang sahaja, kata Saharuddin.

Sebanyak 10,000 naskah dicetak dan orang ramai boleh mendapatkannya di pasaraya seperti Giant dan pejabat kerajaan antaranya hospital, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. - Bernama

No comments:

Post a Comment