Sunday, 13 July 2014

Pelajar dirompak, dipukul dalam perjalanan ke sekolah

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dirompak dan dipukul ketika dalam perjalanan menuju ke sekolahnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi Isnin lalu, mangsa yang sedang berjalan kaki menuju ke sekolahnya selepas turun dari LRT Masjid Jamek, didatangi sebuah kereta dinaiki dua lelaki dari belakang.

Mangsa kemudiannya dipukul sehingga pengsan sebelum dilarikan menaiki kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, beberapa jam kemudian mangsa tersedar daripada pengsan dan mendapati dia berada di belakang sebuah bangunan tidak jauh daripada sekolahnya.

"Sebaik sedar, remaja perempuan tersebut menyedari dompet yang mengandungi wang tunai RM20 ringgit telah hilang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mangsa kemudiannya mengadu kejadian tersebut kepada guru dan keluarganya.

Tambah Zainuddin, polis percaya kejadian tersebut bermotifkan samun.

Laporan awal pemeriksaan kesihatan mendapati terdapat kecederaan akibat dipukul senjata tajam di bahagian belakang kepala mangsa. -- ASTRO Awani 

1 comment:

  1. Baca doa, mintak dari Allah supaya lindung kita dari musibah dan malang. Salawat atas baginda Nabi Muhammad (s.a.w) sebelum keluar rumah. Macam-macam benda tak elok dah sekarang.

    ReplyDelete