Monday 7 April 2014

Taklimat MH370 kepada PR tak jadi lagi

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim


KUALA LUMPUR - Hasrat ahli Parlimen PR untuk mendengar taklimat berhubung kehilangan MH370 daripada pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein esok masih belum boleh menjadi kenyataan.

Perkara ini diperjelaskan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, hari ini.

Shahidan berkata, pihak kerajaan hanya akan mengadakan taklimat tersebut selepas semua jawatankuasa berkaitan menjalankan siasatan dan terdapat maklumat baru untuk disampaikan.

"Pada ketika ini, segala tumpuan sedang diberikan terhadap proses memastikan perjalanan serta pelaksanaan semua jawatankuasa ini berada di tahap yang terbaik.

"Oleh yang demikian, pihak kerajaan berpendapat taklimat lebih menyeluruh hanya akan disampaikan setelah jawatankuasa-jawatankuasa ini menjalankan siasatan dan terdapat fakta-fakta baharu untuk diberi penerangan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Minggu lalu, ahli Parlimen PR menghantar notis supaya diberikan taklimat mengenai kehilangan MH370 di Parlimen.

Ahli Parlimen Seremban daripada DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, dengan penyerahan notis berkenaan, PR berharap tiada lagi sebarang alasan akan diberikan oleh Shahidan untuk membatalkan sesi taklimat berkenaan.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment