KUALA LUMPUR: Dua anggota polis yang cedera di tembak penjenayah pada Jumaat kini disahkan stabil dan pihak polis masih memburu dua suspek.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, salah seorang suspek dipercayai mempunyai tatu harimau di bahagian belakang badan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, mangsa kejadian tembak, Lionel Richard Jr, 26, masih dirawat di Hospital Ampang selepas menjalani pembedahan membuang dua butir peluru di bahagian perutnya.
Manakala seorang lagi rakannya, Zul Fazli Atlahi, 28, hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat, kedua-dua anggota polis berkenaan ditembak oleh dua penjenayah ketika menjalankan rondaan di Lembah Maju, Ampang.
Anggota dari Balai Polis Pandan Indah itu dikatakan terserempak dengan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sewaktu melakukan rondaan di lokasi berkenaan.
Khalid berkata demikian ketika ditemui semasa majlis penutup kejohanan sepak takraw dan bola jaring Piala Ketua Polis Negara di Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok. Kedah.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment