Christchurch: Pasangan Diraja Britain, Putera William dan Catherine tiba di Christchurch pada isnin bagi meneruskan siri Jelajah Diraja 2014.
Antara atur cara lawatan ialah pasangan tersebut di bawa berjumpa dengan keluarga 185 mangsa yang terkorban dalam gempa bumi pada 2011.
Pasangan Diraja tersebut turut melawat Gereja Transitional yang dibina dari kertas papan, rekaan arkitek Jepun, Shigeru Ban.
Ia merupakan gereja sementara dibina selepas gereja asal runtuh akibat gempa bumi.
Pasangan Diraja terbabit juga diperkenalkan dengan dengan lima orang ibu kepada pasangan kembar.
Putera William bermain kriket ketika melawat Dataran Latimer di Christchurch. --AFP PHOTO / MARTY MELVILLE
William dan Catherine kemudian mengunjungi tapak Piala Dunia Kriket yang akan diadakan di New Zealand pada 2015 selain bertemu dengan pihak penganjur.
Malah pasangan itu cukup santai dan turut sempat mencuba bermain kriket.
Di Taman Botani Christchurch, William dan Kate merasmikan Christchurh Victor's Centre di situ sebelum ke Muzium Tentera Udara bagi memberi penghormatan di Pusat Memorial Tentera Udara Diraja.
Selepas New Zealand, pasangan Duke and Duchess of Cambridge akan meneruskan Jelajah Diraja di Australia pada 16 April.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment