Monday, 14 April 2014

Hadiah jersi Liverpool istimewa untuk Maira

KUALA LUMPUR: Tiga orang rakyat Malaysia telah menghadiahkan yang tidak ternilai kepada adik Maira Elizabeth Nari, iaitu sehelai jersi Kelab Liverpool (LFC) yang telah ditandatangani oleh pengurus kelab itu Brendan Rodgers dan pemain-pemain lain.


Ayah Maira, iaitu Ketua Pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370 Andrew Nari, merupakan peminat setia Liverpool dan jersi tersebut dicetak dengan namanya.

Maira yang memuatnaikkan gambar jersi itu di laman Instagram dan Twitternya itu berkata, dia begitu terharu sehingga tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang berusaha menghantar jersi itu kepadanya.

maira
“Terima kasih banyak-banyak untuk hadiah tidak ternilai ini! Saya akan membingkaikan jersi ini,” katanya.

“Ayah, ini adalah untuk kamu. Saya pasti ayah adalah orang yang paling gembira di dunia sekarang ini. Saya berharap Liverpool akan selalu berada di tangga teratas carta, dan saya berharap Liverpool akan menang di dalam musim ini, untuk ayah, untuk kita dan untuk peminat-peminat,” katanya.




Maira turut mengucapkan terima kasih kepada tiga orang rakyat Malaysia itu yang berada United Kingdom semasa perlawanan Liverpool menentang Tottenham Spurs beberapa minggu lalu  dan berusaha untuk mendapatkan tandatangan-tandatangan tersebut.

“Baju ini diterbangkan dari Anfield. Rasa begitu diberkati!,” katanya.

Susulan itu, Maira juga berkata Liverpool adalah seolah-olah satu keluarga baginya.




Sebelum ini, Liverpool membalas tweet Maira yang merindui bapanya dan ia telah mendapat 15,909 ‘Retweet’ dan 6,130 ‘Favourites’.



Sumber: ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment