Gambar hiasan
AMPANG JAYA: Seorang jururawat hospital ditahan kerana positif mengambil dadah dalam satu pemeriksaan polis di Taman Lembah Maju di Pandan Indah pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata jururawat berumur 24 tahun itu ditahan bersama tunangnya yang berusia awal 30an di Jalan Maju 3/3, Taman Lembah Maju di Pandan Indah.
“Mereka ditahan ketika polis membuat pemeriksaan rambang menerusi operasi bersepadu banteras jenayah di kawasan tersebut dan pemeriksaan keatas pada awalnya tidak menemui sebarang pemilikan dadah daripada mereka,” kata Khairuldin.
Namun begitu, ketika pemeriksaan lanjut keatas kad pengenalan suspek dana tunangnya itu dilakukan, jururawat yang berkhidmat dengan sebuah hospital di Cheras itu bertindak agresif sambil memaki hamun anggota polis yang menjalankan tugas di situ.
“Wanita tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dan memarahi polis dan polis terpaksa menahannya bersama dengan tunangnya itu,”.
Setelah ditahan, ujian air kencing yang dilakukan polis terhadap jururawat tersebut mendapati jururawat itu dan tunangnya positif mengambil dadah jenis methamphetamine.
Kedua-duanya ditahan untuk membantu siasatan dan direman selama tujuh hari bermula pada Sabtu lalu.
Astro Awani
No comments:
Post a Comment