Tuesday, 8 April 2014

Sedih: Wanita hamil mati dalam tidur

Wanita hamil mati dalam tidur
Salah seorang keluarga mangsa di Bilik Forensik HSB, semalam. Gambar kecil: Syn Chyn


ALOR SETAR - Seorang wanita hamil tujuh bulan ditemui mati ketika tidur dalam bilik di kediamannya di Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi, difahamkan suaminya yang hanya dikenali sebagai Lim menemui isterinya, Eap Shy Chyn, 31, tidak sedarkan diri dalam bilik berkenaan.

Bapa saudara yang enggan namanya disiarkan berkata, suami wanita itu yang juga seorang mekanik tidur di sofa ruang tamu kediaman berkenaan semenjak isterinya disahkan hamil.

“Kebiasaannya, Shy Chyn akan mengejutkan suaminya. Namun, Lim terjaga sendiri pagi ini (semalam). Sebaik bangun tidur, Lim cuba mengerakkan isterinya.

“Namun, tiada tindak balas daripada wanita itu. Terdahulu, dia ada meminta suaminya membancuh air Milo, sambil memaklumkan badannya tidak selesa kira-kira 1 pagi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pertanyaan suami mangsa jika ingin ke hospital ditolak wanita yang mengandungkan anak sulung mereka itu, sebaliknya terus masuk ke bilik selepas minum.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai kerani itu pernah menghidap jantung berlubang ketika kecil, namun telah menjalani pembedahan.

Mayat wanita berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kes berkenaan dikategorikan sebagai mati mengejut. Tiada unsur jenayah dalam kejadian itu,” katanya.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment