Tuesday, 8 April 2014

Lori bawa peti undi meletup di Afghanistan


Orang ramai membantu menyelamatkan kotak peti undi. Foto EPA


KABUL - AFGHANISTAN. Sebuah trak membawa peti undi di utara Afghanistan meletup menyebabkan tiga maut serta memusnahkan peti undi yang dibawa.

Jurucakap polis wilayah Kunduz, Sayed Sarwar Hossaini berkata, insiden turut mencederakan beberapa yang lain ketika trak dipenuhi peti undi sedang menuju ke pusat pengiraan undi.

"Lapan peti undi musnah dan mangsa maut terdiri daripada seorang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (IEC), anggota polis serta pemandu trak," katanya.

Kejadian berlaku sehari selepas negara itu mengadakan Pilihan Raya Presiden yang dijalankan dengan kawalan keselamatan ketat di 6,000 pusat mengundi di seluruh negara, selepas mendapat ancaman Taliban, laporan dipetik dari Press TV.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment