Tuesday, 15 April 2014

‘Mayat dalam kotak kadbod’

Polis menyiasat sebuah rumah di Pleasant Grove di Utah semalam. Tujuh mayat bayi ditemui di bekas kediaman Megan Huntsman yang kini ditahan di penjara.Washington: Seorang wanita yang dituduh membunuh tujuh bayi yang dilahirkan lebih sedekad lalu ditangkap kelmarin selepas polis menemui mayat kecil yang disumbat ke dalam kotak kadbod di garaj rumah yang pernah didudukinya. 

Megan Huntsman, 39, yang tinggal di rumah di Utah sehingga tiga tahun lalu, melahirkan anak antara 1996 dan 2006, kata penyiasat. 

Pegawai bertindak kepada panggilan Sabtu lalu dari rumah bekas suami Huntsman mengenai bayi yang mati di rumah itu, kata Kapten Michael Roberts. Pegawai kemudian menemui enam mayat lagi.

Roberts enggan memberi komen mengenai motif dan apa yang dikatakan Huntsman ketika disoal siasat. 

Jiran di kawasan penempatan kelas pertengahan itu berkata mereka terkejut dengan tuduhan dan kebingungan kerana anak lebih dewasa yang masih tinggal 
dalam rumah itu tidak mengetahui ibu mereka hamil atau mengesan sesuatu yang mencurigakan. 

Jurucakap polis berkata, mereka percaya Huntsman dan bekas suaminya masih bersama ketika bayi dilahirkan, tetapi tidak mengetahuinya. 
“Kami percaya bekas suaminya tidak tahu perkara berkenaan,” kata Roberts. 
Ditanya bagaimana lelaki itu tidak mengetahui, Roberts menjawab: “Itu soalan yang menarik.”

Mayat bayi dihantar ke pejabat pemeriksa kesihatan Utah untuk ujian, termasuk menentukan punca kematian. Contoh DNA yang diambil daripada suspek dan bekas suaminya akan menentukan sama ada mereka ialah ibu bapa kepada bayi yang dilahirkan, seperti dipercayai penyiasat. 

Enam tuduhan

Huntsman dimasukkan ke penjara Utah kelmarin atas enam tuduhan membunuh. Roberts berkata, tidak jelas sama ada beliau mengupah peguam. 
Rumah itu dimiliki ibu bapa suaminya, dan lelaki berkenaan sedang membersihkan garaj ketika menemui mayat. - AP

No comments:

Post a Comment