Kehadiran Pesta Songkaran sering mengundang padah terutama membabitkan kemalangan jalan raya.
BANGKOK - THAILAND. Sebanyak 56 kematian dan 747 kecederaan dicatatkan dalam 689 kemalangan pada hari ketiga Pesta Songkran di Thailand, kelmarin.
Menurut Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, sebanyak 161 kematian dan 1,640 kecederaan dalam 1,530 kemalangan dilaporkan pada tiga hari pertama pesta itu berlangsung yang bermula 11 hingga 17 April.
"Paling tinggi 10 kematian berlaku di Nakhon Ratchasima, manakala jumlah kemalangan paling tinggi iaitu 64 kes dan kecederaan paling tinggi dengan 69 kes dicatatkan di Nakhon Si Thammarat," menurut laporan jabatan tersebut kepada Bangkok Post.
Bilangan terbesar punca kemalangan adalah disebabkan pemandu mabuk dengan 42.38 peratus diikuti melebihi had laju 23.95 peratus.
Sementara itu, sebanyak 76.35 peratus majoriti kemalangan melibatkan motosikal dan 14.81 peratus lagi melibatkan lori pikap.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment