Monday, 28 April 2014

Maestro terkenal Indonesia, Idris Sardi meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Maestro terkenal Indonesia Idris Sardi, 76 tahun meninggal dunia di Jakarta pukul 7.25 pagi (WIB) hari ini.

Lahir pada 7 Jun 1938, Allahyarham telah menghasilkan lebih 1900 karya muzik yang cukup relevan hingga kini.

Allahyarham merupakan pemain biola terkenal yang juga pernah memenangi pelbagai anugerah di Festival Filem Indonesia untuk kategori Penata Muzik Terbaik menerusi filem Pengantin Remaja, Perkahwinan dan Cinta Pertama.

Antara anak Allahyarham yang menceburi bidang seni termasuk pelakon terkenal Lukman Sardi.

Pada April tahun 2008, Allahyarham pernah mengadakan konsert solo bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan yang diadakan di Istana Budaya Kuala Lumpur.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment