Friday 28 February 2014

Polis sangkal keraguan Indonesia berhubung kematian pembantu rumah

Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan mengelar leher dua kanak-kanak lelaki hari ini dan kemudiannya bertindak menikam dirinya sendiri di sebuah rumah di Taman Sri Putra, Sungai Buloh. --Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Polis menyangkal dakwaan wakil Duta Besar Republik Indonesia (RI) untuk Malaysia bahawa terdapat banyak keraguan dalam kes bunuh dan bunuh diri yang melibatkan pembantu rumah negara itu dan dua kanak-kanak di Taman Sri Putra, Sungai Buloh pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata setelah proses bedah siasat yang dijalankan oleh di bilik mayat Hospital Sungai Buloh pada malam Selasa lalu mengesahkan kecederaan yang dialami oleh pembantu rumah dan kedua-dua kanak-kanak itu amat konsisten dengan perbuatan bunuh dan bunuh diri.

“Kesan tompokan darah yang ditemui di tempat kejadian juga sangat konsisten dengan perbuatan bunuh diri. Malah, pihak hospital juga telah mengesahkan pembantu rumah berumur 30 tahun itu yang mengalami tiga kesan luka pada bahagian tepi leher kanan pada awalnya cuba membunuh diri kerana terdapat kesan-kesan tikaman pada bahagian badan hadapan pembantu rumah itu,”.

Pembantu rumah itu kemudian membunuh diri dengan mengelar leher sendiri setelah membunuh kedua-dua anak majikannya itu yang dikenali sebagai Koay Jia Hong, 5 dan adik tirinya, Melvin Selvan Joseph, 18 bulan.

“Ketika kejadian hanya mereka bertiga sahaja yang ada di rumah berkenaan kerana majikannya itu keluar untuk menikmati makan petang. Tiada unsur-unsur pecah masuk yang ditemui di rumah itu kerana rumahnya itu berkunci dan kejadian itu hanya disedari oleh majikannya yang pulang dan mendapati empat anjing Rottweiler peliharaan keluarga itu masih tidak dimasukkan ke dalam kandang peliharaan,”.

Pembantu rumah yang dikenali sebagai Agnes dikatakan berasal dari Kepulauan Flores, Indonesia itu sememangnya tidak banyak bercakap dan juga bergaul dengan jiran-jiran.

Namun begitu, hubungannya dengan majikannya juga sangat baik ditambah lagi dengan kebolehannya bertutur dalam bahasa Mandarin.

“Tiada kecederaan fizikal yang ditemui pada badan mangsa selain kecederaan akibat kelaran yang terjadi dalam kejadian pada hari Selasa itu. Oleh hal demikian, tidak mungkin dia pernah didera oleh majikannya itu,”.

Agnes dikatakan telah masuk ke negara ini secara haram dan diambil sebagai pembantu rumah oleh keluarga majikannya sekitar tahun lalu dan pengenalan diri dan kemasukkan mangsa ke negara ini juga tiada dalam rekod.

Sehingga kini, pihak polis dan Kedutaan Besar Republik Indonesia sedang mengesan waris dan keluarga Agnes yang berada di Indonesia.

Sebelum itu, Wakil Duta Besar RI untuk Malaysia, Hermono ketika dihubungi Astro Awani memberitahu bahawa banyak keraguan dalam kes bunh dan bunuh diri yang melibatkan pembantu rumah negara itu.

Menurut, Hermono, sekalipun Agnes dituduh sebagai pembunuh kedua-dua anak majikannya itu, sudah tentu sebelum itu wujudnya suatu keadaan yang ‘luar biasa’ yang membuat dia nekad melakukan perbuatan tersebut.

“Maksud ‘luar biasa’ disini ialah seperti penderaan fizikal dan mental yang dialami oleh Agnes. Selama ini, Agnes tidak pernah mempunyai masalah dengan majikan dan jiran-jirannya itu,” kata Hermono.

Keraguan kedua menurut Hermono, terdapat sembilan anggota keluarga majikan yang tinggal di rumah itu jadi meskipun tidak ada barang yang hilang atau kesan pecah masuk pada rumah tersebut, tidak wajar terus dibuat kesimpulan bahawa Agnes adalah pembunuh kepada kedua-dua anak majikannya itu.

“Keraguan ketiga pula, melalui cara bunuh diri yang dikatakan itu. Tidak mungkin Agnes boleh mengelar lehernya sendiri kerana ianya agak janggal dan tidak masuk akal,” katanya.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment