Friday 28 February 2014

Hidup berteman haiwan berbisa

Hidup berteman haiwan berbisa
Di sinilah Pak Long menetap selama lebih 20 tahun.


KUPANG - "Pak Long dah biasa hidup macam ini, kadang-kadang ada ular, lipan dan macam-macam haiwan dan serangga berbisa di sini.

“Tapi, alhamdulillah, sampai sekarang, belum pernah lagi kena gigit, hanya berkeliaran di kawasan tempat tidur Pak Long sahaja,” kata Md Lazim Yaakub, 85, seorang warga emas yang menghuni sebuah kediaman usang di Kampung Tebing Tinggi sejak 20 tahun lalu.

Md Lazim yang yang lebih senang dipanggil Pak Long berkata, kediaman itu merupakan tinggalan penduduk di kawasan itu sebelum diserahkan kepadanya.

“Ini bukan rumah Pak Long, rumah orang lain, tapi, mereka beri pada Pak Long untuk berteduh,” katanya ketika ditemui di kediamanya, semalam

Hadir sama, Pengerusi Biro Kebajikan Umno Baling, Noor Azman Ramli dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP) Kampung Tebing Tinggi, Razak Md Noh.

Pak Long yang tinggal bersendirian hanya menggunakan lampu pelita selain menggunakan air kilang berdekatan untuk urusan hariannya.

“Di sinilah Pak Long makan, minum, tidur dan inilah tempat Pak Long, pernah tinggal dengan anak di Sungai Petani, tetapi Pak Long tak selesa. Pak Long suka tinggal di sini,” katanya.

Keadaan rumah yang serba kekurangan selain berada di kawasan hutan menjadikan kediaman itu sering dimasuki haiwan berbisa.

Menurutnya, banyak haiwan berbisa terutama ular yang berada di kawasan rumahnya terutama pada waktu hujan.

“Biasa la, haiwan pun nak tempat berteduh, tapi belum lagi pernah kena patuk walaupun jarak haiwan itu dengan tak jauh, rumah ini bukan besar mana pun,” katanya.

Walaupun telah berumur, Pak Long masih lagi bertenaga dan mampu menguruskan dirinya termasuk menyediakan makanan dan minuman menggunakan dapur kayu.

“Pak Long tak ada penyakit, cuma mata g sahaja yang bermasalah, tak berapa nampak, tapi, lepas buat pembedahan, penglihatan baik sedikit.

“Insya-ALLAH, bulan empat ada pembedahan kedua pada mata, kos pembedahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tanggung,” katanya yang juga menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 sebulan.

Katanya, dengan wang itulah dia membeli barangan dapur dan juga tambang teksi ke Hospital sekiranya kesihatannya terganggu.

“Pak Long cuma berharap agar dapat kediaman yang lebih selesa, itu sahaja, lain semua dah cukup, kalau boleh dapat sebuah rumah, memang Pak Long bersyukur sangat,” katanya.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menerusi bank rakyat atas nama Md Lazim Yaakub (220041420613) atau menghubungi Pak Long di talian 013-529 4363. - Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment