Friday 28 February 2014

Catuan fasa kedua jejas 2.2 juta pengguna


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan catuan air fasa dua bermula Ahad ini yang membabitkan kawasan yang lebih besar.

Pengagihan air berjadual peringkat kedua itu akan dilaksanakan bermula 2 Mac hingga 31 Mac melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Pengerusi SPAN Datuk Ismail Kassim memberitahu catuan kali ini membabitkan jumlah dan kawasan lebih besar iaitu 358, 342 akaun pengguna di 260 kawasan.

Catuan air peringkat kedua itu ekoran penyusutan berterusan semua empangan di Selangor yang membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Semua empangan berkenaan membekalkan air kepada penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ismail turut mengesahkan tempoh agihan air berjadual di Kluang pula akan dipanjangkan sepanjang Mac ini ekoran paras Sungai Sembrong Kiri yang terus menyusut.

Catuan bekalan air itu sekali gus bakal menjejaskan 2.2 juta pengguna di enam daerah terlibat.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment